Kampong Talang - where it all begins...

"There is only one thing in life worse than being talked about, and that is not being talked about" - Oscar Wilde

Thursday, March 06, 2008

Hari Keluarga sang Pelanggan

+ Cuba teka, apa kaitan Stadium Merreikh ini dengan aktibiti aku hari ni? Main bola? Tidak... Pergi konsert? Tidak... OK lah, aku cerita sekarang

Hari ni adalah hari keluarga kepada customer aku kat Sudan ni. Memula kami tak tau, last last si Ahsan, the sr manager marketing bagi tau. Cepat2 je aku cakap, I am feeling lucky today - sbb ada raffle. Nak tau hadiah, biasa la, tiket flight, TV, semua tu la. Tapi yang aku pitam - 4WD Toyota gamaknya. Hebat sungguh company ni. Aku dengar pun diagnosis kewangan mereka - mereka adalah healthy dan operating at 60-70% margin, mana nak carik kan? :)

+ Happy sakan kan depa ni, kami datang sengih2 aje sbb tak sure nak buat apa lagi... tapi the moment kami tau benda2 boleh dilakukan, terus la kami pun join

+ Ahmed, a guy from the office. He is great. Selalu pakai baju, kalahkan model. Selalu la smart-looking dengan beg LV dia tuh. Kelas kan!

+ Aku suka tengok clown ni, tu la diorang kat Sudan ni pun nak ber-fun fun gak tau

Masa kami sampai, Merreikh Stadium tu dah gamak dah dengan bendera. Ada orang duduk di meja, ada pulak sebok bingit di tiang gol kerana ada acara di sana. Aku tak pasti nak buat apa. Aku dengan consultants lain mundar mandir carik muka2 yang biasa kami tengok kat office. Seronok gak, sbb selalu tengok depa kat office and kali ni tengok depa in action. Dalam keadaan santai. Kalau setiap hari macam ni, kan ke best. Ada macam2 stall disediakan, ada yg buat candy floss, ada pulak popcorns, ice creams dll. Bila aku dengan Maria dekati org yang buat popcorns tu (kami lapar), terus dia terperanjat - sbb yg datang bebudak, tetiba ada mak dan pak budak :) Aku bawak kepada Matt/Rim, sbb diorang lapar gak.

+ Ahsan (baju putih tu) dalam tug-o-war. Aku ada ambik video dia di mana dia kalah, dan dia tak puas hati. Ahsan is so cool. Aku nak aje colleague macam dia.

+ Korang tengok la anchor pasukan tug-o-war belah sini, macam mana la tak menang kan, anchor sorang2 pun dah boleh kalahkan pihak lawan!

Dah sudah tu, aku pi dekati acara2 lain. Wah bukan main diorang ye. Ada volleyball game la, tarik tali la, seronok aku tengok. Aku tak byk kali pergi family day masa kat company lepas, mungkin keseronokan yang sama kot. Tapi ada ke depa pernah bagi hadiah - 4WD, aku pun tak tau. Anyway, it was nice to see some faces outside office. Yg kelakar nya aku cakap kat Maria macam ni:

Me - Hey look there are men walking around with trays of foods and distributing them to the people at the tables

Maria - Yes. Let's grab a table over there. Hungry people, let's go.

Me - Uh here is empty table! Sit.

Matt - No, look around you. All tables have been served, they won't come over here. Let's find another one, with others that are not served yet.

+ Contohi mereka, walaupun bersuka ria di hari keluarga, tuntutan solat jangan lupakan ye. Sekian Al-Kuliyyah kali nih

Gila tak perbualan di atas. Kalau dah fahamkan, jawab soalan berikut - Kenapakah Matt ingin mencari sebuah meja yang lain sedangkan mereka sudah jumpa meja yang tidak diduduki orang? Soalan BM kertas I nih, jawap cepat. Kelakar kan, kalau dah consultant tu, masa family day pun nak berpikiran macam tu. Kelakar la ko Matt.

+ Kengkawan, tengok muka makcik ni, ada parut tepi tu kan, kat pipi. Dalam pulak tu. Eh bukan, bukan kena cakar dengan madu dia, dia tu belongs to a tribe lepas tu parut tu kena toreh dengan pisau, dan ini diibaratkan cantik la!

+ Aku akan rindu kerja dengan ekau Rim oi - kita carik projek lain yo. Matt sibuk aje, sedangkan aku akan lama lagi dengan ekau tu. Bawak bertenang!

Pukul 8 lebih aje, kami dah call driver, sbb kami dah tak larat. Rim nak naik flight esok pagi, pagi2 buta. Well, this was the last day between me and Rim. I felt sad sikit sebab kami dah rapat. Dulu memang ada jurang antara kami. Sebab Rim ni much senior dan ada PHD segala la pulak. Lepas tu masa memula masuk projek ni, dia ala nak tunjuk la, tak nak dengar cakap aku dll. Last2 we had a good time, we understood each other dan she realised dia tak leh nak ego sangat sbb byk benda nak kena belajar. Skrg lain cerita, she is more comfortable dan suka kerja dengan aku. Tadi dpt SMS dari dia, dia kata - Kita cuba cari projek lain sesama. It has been great working with you. Selalu cam tu la, lepas abis project, ada gak rasa sedih sbb byk susah senang kita bersama. All the best, Rim. Yang aku pulak, dok pikir nak balik Malaysia, tambahan pulak aku dah abis buat workshop on Wednesday. Workshop tu aku yg run dan it lasted like 6-7 jam, it was very tiring. Rasa nak pengsan pun ada.

Sekarang ni bilang hari nak balik Malaysia, yeay!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home