Gaya Sihat, Makanan Memikat
Boleh tajuk aku kali ni. Anyway, aku rasa aku ni dah kemaruk nak berblog kot - pelbagai entry aku nak letakkan. Tak apa le. Ini continuation kepada cerita aku pasal lunch aku yg disastrous tu kan. Masa balik tadi, aku dah cakap dah kat Waleed, lain kali dengar betul2 kalau aku kasik arahan. Atau sesapa punya arahan la kan.

So balik tadi sebab aku tak lunch betul2, nak la makan proper. Dalam kepala aku dah terpikir burger Steers, pizza Debonair, syawarma, grilled lamb, Indian food. Semua tu boleh dapat kat sini. Tapi semua tu aku kuburkan, dan aku suruh Waleed berhenti kat kedai runcit Banafsaj (ala bunyi dia macam lagu Waheeda tu ler, Binafsha...). So sekarang dipersembahkan “resipi” dinner aku malam ni…




Aku sangat2 berterima kasih kepada Matt yang introduce kan aku kepada gaya hidup sihat ni (tak semestinya aku akan makan cenggini all the time sebenarnya... tapi good lah...). Aku ingat lagi, si Matt dok beli yoghurt aku dok pi beli makanan segera. Matt cuma mampu geleng kepala. Tapi malam ni aku cuba resipi dia tu hah. Memang sedap, aku dah jadi peminat yoghurt pulak dah - but yg plain memang tak leh nak makan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home