Kampong Talang - where it all begins...

"There is only one thing in life worse than being talked about, and that is not being talked about" - Oscar Wilde

Thursday, February 21, 2008

Minggu yang memberi tekanan

Kalau boleh aku tak nak komplen kat sini. Tapi kan daya, aku insan yang lemah, hanya mampu berserah, ingin sekali bertemu, dengarlah rayuanku... Eh macam mana pulak lagu Kak Ana boleh masuk dalam blog aku ni kan. Bkn ke lagu kak Melah dan lagu Kak Ana tu dah kena book oleh sebuah blog terlampau tu? Haha.

+ Konci oh konci!!!

Hari ni dah hari Khamis. Aku tak abis2 ditimpa nasib malang. Tak tau la apa yang berlaku. Aku pun tak pasti, aku rasa aku kena terjun kat 40-Foot by the pier utk ilangkan nasib2 malang aku ni. To end the week kan, hari ni tadi aku nak balik rumah kol 8:00 malam, lepas tu aku balik aku raba2 kocek aku rasa lain macam konci rumah aku. Rupanya aku terbawak kunci drawer BUKAN kunci rumah. Kunci rumah tertinggal dalam rumah! So aku call Ramlah, Ramlah kata aku punya kunci dengan Ziela. Ziela pulak dah pindah dari Dun Laoghaire ke Tallaght. Aku ngucap la nak pi sana sbb jauh, thank god Ziela kerja kat Supermacs Blackrock hari ni. Blackrock ni dokek dengan ghumah den, tak sampai beberapo menet naik taxi/bus.

+ Sini lah tempat kerja Ziela, ala kerja sambil menyambil, bukan serius la kot.

Yang aku pulak dah janji dengan John (kawan pemain tennis aku), nak jumpa for dinner and stuff. Punya la aku bergelocak jiwa nak jumpa sbb it has been amazingly bad wk for me, so John pulak dengan murah hati nak detour ke kampung aku ni hah, nak temankan aku. Lepas tu the moment dia tau aku ketiadaan kunci, dia kata "Let's sort out your key first". Dia drove ke Blackrock, and Ziela was busy. Lepas tu dpt aje kunci tu dari Ziela, aku terus carik tempat makan dengan John. I felt like makan Indian Food, dia pun tak kesah. So kami bedal makan Indian malam ni. It was great time keluar dengan John. Lepas keluar dgn si John, aku pi jumpa Ziela balik. Dia tgh break - best jumpa dia kat situ. Nanti aku bosan aku akan pi join dia. Aku makan muffin dengan aiskerim - best sesangat. Nak makan ayam dia, aku tak nak pulak sbb baru aje makan beef rogan josh and chicken korma! Sodap!

+ Sedapnya muffin + icecream ni, best gila. Thanks Ziela kerana memberikan dessert yang sedap ini - tambahan pulak masa sejuk2 gini

Baru aku sedar, sebenarnya bila berkawan bukan aku yg ada masalah. Bukan apa, one of the factors aku tension gak accusations from Paul, my friend. Kawan aku kenal melalui tennis club yg aku masuk tuh. John pun aku kenal kat situ. Tapi aku dengan John, we hit off like, god knows how. Tapi FUN, and professional. Aku rasa aku dah telalu baik hati dah, at times aku berkorban utk kawan, kekadang aku naik tension just because nak jaga hati orang.

Contoh malam tadi. Paul made is such a big fuss sebab aku fussy about food, sbb aku nak makan Italian restr sebab aku nak makan Ravioli kegemaran aku, yg Paul pulak dok suggest kat aku suruh makan Italian kat kedai sekian2, reason dia "The place offers cheap Italian food". Ya Allah Paul, aku tak nak "cheap Italian food", aku nak food yg aku familiar with. And aku tau benda tu sedap. Tak kesah la aku bayar berapa Paul, janji aku nak makanan aku nak. Aku bukan pakai duit kau pun. Lepas tu pulak, bila aku beli pizza side order tu kan, aku kata la nak kongsi dengan ko Paul dan Itamar kan. Memula ko kata ko kenyang sangat kan, lepas tu ko la sebok membedal benda tu. Aku tak kisah, the reason aku beli tu aku ikhlas, sbb takkan aku nak biarkan ko dengan Itamar tengok aje aku makan. Aku ni bebudi bahasa, so aku order kan side order utk korang makan so kita boleh makan/borak. Tapi, dapat email dari ko tadi kan, buat kan day aku jahanam as well. Aku tension tau tak! Sedang la aku nak jaga friendship, dan aku mintak maaf sangat la, kalau ko nak ajak aku pi Prague macam kita plan tu, aku rasa I need to give it a pass, sbb aku malas kalau nak travel, ala2 ada budget2 konsep segala ni kan! No thanks. Aku malas.

+ Always fun jumpa Itamar. Kalau jumpa Itamar, mesti jumpa dengan Paul. Lepas ni aku jumpa Itamar sorang2 pun tak apa.

OK dah. Aku dah luahkan perasaan aku. I am glad now I am back in my flat, lepas kena Euro10 naik teksi dari Blackrock to Dun Laoghaire. I had a blast John. Tak de pulak issue dengan si John tu kan. Okeh aje. Aku rasa sbb John ni is so easy going dan wavelength aku sama. Keluar dengan David pun sama. Wavelength sama. Macam dengan Paul asik la ada interference! Tak larat aku, tapi dengan Itamar tu, wpun baru 25 thn, OK plak. Itamar asik la convince-kan aku, Paul had a bad day. Abis bad day (read: bad week), aku ni sapa nak jaga. Tu yg aku tak larat. Aku ni jenis yg bukan judgmental. Kalau aku judgmental kan Paul, aku tak akan berkawan dengan orang cam ko ni. Ada ke ajak aku lepak kat club malam tadi, lepas tu aku tanya, what's the point nak lepak2 kat kelab tu - and aku terpanjat sgt dengar when he said - Saja je, kita tengok2 orang di sana! Tak ke aku sengugut dengar jawapan tu, been there, done that, got the t-shirt, dah rabak pun t'shirt tu. Aku tak nak buat benda2 gitu. Tapi tak de aku kutuk idea 'bernas' ko tu kan!

OK lah tak nak la aku tension lagik, 3 minggu lagi aku dpt makan ikan patin. So aku tak nak tension lagik. Malas dah!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home