Weekend in Khartoum - again!
Fri, 4th April 08
Penatnya. Rasa macam the whole day I was out there in the sun and heat. Nagi called at 1, saying that he was downstairs waiting for me. He promised me that he'd bring me to An-Neyleen today - finally dapat solat Jumaat kat An-Neyleen, masjid yang sangat cantik. So kami pun ke sana.


Aku sempat berikan kepada Nagi phone Nokia yang aku belikan utk dia kat Malaysia. Dia ada cerita yang phone dia terjatuh dan tak tentu-hala sekarang nada dering dia, kekadang ado, kekadang sunyi sepi meruntun hati - so kat Malaysia hari tu aku belikan dia satu. Dia happy banget. OK lah tu kan dpt gak redakan dia, sbb dia kata boss makin marah sbb dia tak ganti phone lagi. Nak ganti phone, sesapa pun nak ganti kan, tapi masalahnya, kena pakai duit gak kan. Bos pun tak ada perikemanusiaann.



Lepas solat kami pergi makan. Dalam kepala aku, nak makan kat gerai2 ikan yang di tangkap dari Nile tu, apa rasanya kan? Aku pun suggest la kat Nagi aku nak makan sana - wpun debaran di dalam dada ada, bersih ke tempat ni, ikan dia tu halal ke? *ops, hehehe. Anyway, kami pun pergi la makan. Mak ai, ikan dia bosa bona. Siap ada grade lagi, yang bosa bona SDG10, kocik sikit SDG8, kalau yang kocik boto tu, itu dah ikan bilis, elok goreng dengan kacang panjang, letak kicap sikit, hehe. Aku suruh Nagi ambik yg sedang-sedang sajaaaaa (eh lagu Iwan plak dah). Dia tidak cantik mak... dia tidak cantik mak... (eh silap, got carried away dgn lagu Iwan ni hah). Dalam pada tu Nagi sempat beli selipar, sbb selipar dia ilang kat masjid. Dia kata dia malu sangat sbb benda tu berlaku depan aku, aku kata "Tak yah la malu Nagi, kat Msia pun sama. Org Islam ni bukan semuanya baik2... tak yah nak malu-malu!".



Lepas tu kami ke Souk - aku beli lagi Arragi. Kali ni nak kasi sebagai hadiah. I bought 3 pairs. Alamak lagi berat la luggage aku kan. Tak apa la. Sekali sekala. Then lepas dah penat semua, aku pun balik la. Petang tu I went for a walk sebelom Maghrib. Bila azan berkumandang aje, aku balik ke apartment and singgah kat masjid sebelah rumah tu - untuk solat Maghrib sesama dengan diorang (masa ni lah phone aku nak bunyi kan, sedangkan selama ni senyap sunyi aje!).
Sat, 5th April 08
Hari ni Nagi datang dalam pukol 10.00 AM. Tujuannya, kalau ikut plan aku nak pi tengok Pyramids, tapi sebab ada masalah sikit tentang pertukaran myk itam (yes you heard me right), terhadap kereta tu, trip pun tak jadi. I am gutted la. Tapi instead, Nagi suggested aku pergi a dam - apparently cantik tempat ni. Aku tak kisah. I dont mind, asalkan ada aktibiti di hari weekend kan.
So sebelom tu, Nagi kata dia ada bawak anak buah dia, Mohammed. Mohammed ni pelajar univ - Kolej Sudan dalam jurusan perakaunan. Di waktu weekend macam ni, dia kerja kat kedai milik keluarga. Kedai ni menjual makanan haiwan ternakan - lembu/kambing. Ala kambing ekor panjang yang kita pernah tengok dulu kan. Hehehe. So, sampai aje kami duduk duduk la. Sebenarnya, aku nak check out gak, kedai ni macam mana. Lepas tu Mohammed insisted utk aku makan breakfast dengan dia - makanan typical Sudan utk breakfast. Ia dinamakan 'ful' yang dimakan dengan roti. Nagi kata try le, kalau sesuai dengan tekak aku ni kan. Tapi takkan tak try kan. Aku ni memang jenis tak leh jadi Anthony Bourdain dalam Travel Channel tu yang boleh makan segala benda.



Aku started checking out the surroundings and how 'ful' was prepared. Mohammed guna botol Coke aje untuk pound kacang merah, tepung apa ntah, lepas tu letak some kinda gravy, olive oil, a bit of greens etc. Lepas tu dihidangkan dalam loyang kecil aluminium and then we all macam makan sikit-sikit dari pada loyang kecil tu. The taste - not so bad. Tapi sebab tekak kita tak biasa, tak leh la nak berselera macam depa kan. Lepas tu Mohammed offered nak minum kopi, well aku declined nicely sbb aku tau sangat kopi Sudan ni, manis giler. And kopi dia pahit.
Kami teruskan perjalanan. Sampai aje ke kawasan Jebel Auliya, kat sini lah terletaknya dam tu. Jauh gak perjalanan. Apparently, tempat tu adalah tempat dam di mana air dari Sg Nile (white) dimasukkan ke dalam dam. Aku pun confused sbb - aku tak sure mana satu dam, mana satu adalah Nile itself. Ramai gak la orang di sana berkelah. Ada yang bawak keluarga dll.



Aku dioffer untuk naik bot = SDG30. Aku tak nak sebab panas gile. Tau aje la kan, kalau dah panas matahari dicampor pulak dengan panas air laut/sg, masak nanti. Lepas tu kena mandi sebab rasa macam melekit. Aku tak nak la. Walaupun tempat ni tempat berkelah, tapi kebersihan tak de la terjaga kan - byknya aku tengok bekas tulang kepala kambing (depa sembelih tepi pantai ni kot, terus salai ke apa ke), sampah sarap jgn cakap le esp kalau masuk bhgn yg byk pokok tu, air dia, jgn pulak imagine air kat Krabi tu kan, air dia ni berlumpur dan agak cetek la. Tapi ni la tempat diorang abiskan masa weekend. On the way back tu, aku offer diri aku utk drive - Nagi ok aje. Aku drive sebentar aje. Susah gak, dah pulak left hand driving, pas tu manual. Tapi OK la in the end. Kat sini, agak biasa kalau tumpangkan orang yang memerlukan utk naik bhgn belakang pick-up truck tu, dan diorang naik la. Ada yang naik tanpa hala tujuan, naik aje. Pelik tapi benar.




Masa nak balik aku offer Nagi utk belikan famili dia ikan. Ikan tilapia macam aku makan semalam. There were a few anglers kat dam tu, ngail ikan, tak kurang juga yang menjala ikan. Semua ikan kebanyakannya adalah - tilapia, ada gak baung. Ada pulak pakcik ni nak jual labi2 kepada aku dengan SDG20, and I asked Nagi to tell him "That animal is better off in the water, it is not supposed to be in your hand". Boleh aku menggila pulak kat situ. Tapi, aku ni kan animal activist. Dan dan tu gak aku teringat kat Jimmy kat kampung, hari tu kepala dia luka :(

Penat betul lepas abis berjalan2 ke dam tu. Dalam perjalanan balik Nagi agihkan ikan kepada keluarga mentua dia dan keluarga dia. Lepas tu aku ajak dia ke Afra Mall - sebab aku nak beli ice-cream kon tu, dan aku nak beli jus pelam fresh dan juga nak cari dental floss. Susah sangat nak cari menda ni. Akhirnya semua dpt. Lepas tu aku balik, aku letih benar. And then tertidur.
4 Comments:
Iols kawan Luke.. Boleh ek komen... Opss.
Rasa ikan ronggeng tu macam mana. Tak storymory pun rasanya.
Tu jer.
Komen? Komen la. Rasa ikan tu, rasa cam mana ye... rasa ikan tilapia la... bosa pulak tu.
I wish I could be there with you too..ops..anyway, have a great stay in Sudan then. You won't be there forever, will you? BTW, I am so looking forward to seeing you in Malaysia.
Nih anonymous mana lak ni, English macam kona ajo... Well I just got back from Msia, well, yeah will balik Raya this year, and nak naik kereta baru yang hebat itu! hik hik
Post a Comment
<< Home