Vacation in Malaysia - Entry #4
Khamis – 27 Mac 2008 (hari terakhir aku di Kuala Lumpur). Aku namakan ia hari terakhir di Kuala Lumpur untuk percutian ini. Sebenarnya, walaupun aku berada di Kuala Lumpur untuk waktu yang singkat, tapi aku rasakan macam 1,001 perkara telah berlaku. Walaupun macam-macam berlaku dan mengusutkan kepala aku, aku bersyukur, akhirnya semua menjadi manis-manis belaka. It is more like, having 95% of the stuff you planned, went ahead according to earlier plans and 5% that could have potentially made me go berserk, but I didn't! Well all in all - everything has been fantastic.
+ Before anything else, I wanna wish my friend, Suria a happy belated birthday on 28/03.
+ Immigration office di Pusat Bandar Damansara. SYABAS, dah semakin efisen dan ramai yang lemparkan borang... eh silap... lemparkan senyuman!
Hari ini aku mulakan dengan menemankan si Faiz ke kantor Immigration di Pusat Bandar Damansara. Memula dia nak gunakan kiosk macam aku hari tu, sbb tak sampai 5 minit dah beres kan. So berkobar la dia. Tapi malang sungguh sebab diorang dah implement-kan process baru di mana MyKad pun kena scan. Jadi sebab nama Faiz tak sama macam dalam MyKad dan Passport dia - kiosk tu tak terima. So dengan berat hati, kami terpaksa ke kantor untuk mengambil no giliran dll. Alhamdulillah, pejabat imigresen makin efisen rasanya. Walaupun mengambil masa lebih lama sedikit berbanding kiosk, tapi akhirnya kami sejuk sedikit bila staf di sana ramah dan baik hati belaka.
+ Ini lah donut menjadi kegilaan ramai sekarang – kalau pergi tengahari kat Pavillion ni, ramainya manusia beratur nak beli donut ni...
+ Tapi memang sedap la pulak, lembut/fluffy-nyaaaaaaa... Out of this world lah. Selembut sutera la konsep donuts ni
Setelah selesai, kami berkobar pula ke Pavillion. Memang aku suka ke Pavillion – mungkin sebab tempat ni masih baru, belum pudar novelty-nya. Pada hari itu, kami nak jumpa Wan Aida dan Pn Lat – my former colleagues. Seronok betul jumpa Wan Aida, sbb kami selalu "bully" dia. Bukan bully macam mana – cuma Aida ni, ya Allah workaholic sangat. Kalau nak jumpa dia nih, mengalahkan nak jumpa Agong krn nak merayu sangat nak jadi Menteri Besar **Ops. Sorry no pun intended. Hahaha. So kami makan kat Madam Kwan – aku memang wajib makan nasi kan, tak kira la kat mana. Tapi makanan kat Madam Kwan kira OK la, tapi aku masih tak suka bayar upmarket punya price for makanan yang boleh dpt kat gerai2 **Ops. Anyway, the ambiance kot, I am paying for. Pavillion kami chose sebab Pn Lat dan Aida tengah sorting out their trip to Russia, and the travel agency is in Bkt Bintang. Asyik holiday aje diorang ni. Pantang ada masa! Bagus lah, bila lagi. Jumpa Pn Lat pulak, sarat dia bawak gossip. Memang best, power gila.
Lepas makan jalan-jalan kat Pavillion. Aku memang nak masuk Tiffany & Co. sebab nak check some stuff - nak tengok apa dia ada. Aku suka masuk boutique2 ni dalam keadaan sempoi sekali - tapi kalau ada kawan2 yang betul2 nak beli lagi bagus. Haha. Menangis la diorang layan kan. Tapi yang berkobar nak shopping masa tu adalah Faiz dan Pn Lat. Pn Lat nak beli something for her boss sebab bagi appraisal begitu bagus apparently. Faiz pulak, well Faiz pulak, just being herself la kot – tapi aku boleh agak dia nak beli Burberry handbag and purse tu. So, aku jadi orang yang convince kan depa utk beli, so I was the salesperson’s best friend lah untuk hari tu.
+ Pemandangan dari dalam kereta ni, KLCC. Dengarnya crowd dah pergi ke Pavillion, dan bukan kat Suria KLCC lagi dah... Betul ke?
Sebab diorang tak jumpa apa diorang nak, kitorang pun pergi ke KLCC pulak – di mana aku convincekan Faiz utk beli Burberry handbag and purse tu (finally dia beli), and Pn Lat pulak jumpa clutch bag utk boss dia and we found it at Mont Blanc. So semua happy – yg aku plak, I laid my eyes on Burberry belt, I was thinking of buying it (not even for me, tapi ngada2 pulak nak Paul Smith, aku bagi Paul Dublin baru tau!). But, I did remember I'd do my shopping bln depan or May kot. Tengok la cam mana. Projek di Sudan tu tak abis lagi, so tak leh nak reward myself la kan, at the same time tak nak membazir - tapi tak tau la kalau aku terjumpa kerusi cantik satu set, mana la tau aku tergerak hati nak beli *ops jgn marah ye Luke!
+ Dah beribu kali aku ambil gambar dari angle ni rasanya...
Lepas semua dah happy tu aku dpt call dari Nazran. Dia ajak jumpa. Nazran ni seorang arkitek kat KL ni, he is such a fun guy (pandai melukis pulak tu, sapa nak beli lukisan dia, meh sini aku broker kan!). Kebetulan pulak kami dari Negeri yang sama. Apa lagi – tak henti2 la berborak dan gelak. Memula kat Dome, lepat tu pulak aku cakap aku tak Asar lagi kat dia, kami ke Masjid KLCC. Nazran dah solat so, temankan aku aje la. So aku tak lepaskan peluang utk snappy2 kat area taman tu. Cantik. Nampak pulak Traders Hotel dan Exxon, teringat kat Aidah – dah ada kat Lagos dah dia.
+ Aku suka masjid KLCC ni, tapi kalau Jumaat memang la sesak kan! Tapi aku ada simpan niat nak berbuka puasa kat Masjid ni one day :) For whatever reason, I find the idea of breaking fast at masjids fascinating
+ Masjid KLCC lagi
Kami jalan2 lagi ke KLCC check out a few boutiques. Nazran suruh check Tiffany lagi. Aku ingatkan under refurbishment, tapi masih ada lagi boutique dia. Buka lagi. So kami browse apa yang ada. Last sekali aku cakap kat Nazran, aku nak belikan Faiz hadiah birthday dia. Aku tak tau nak beli apa, dan aku pun terus pilih Armani Diamonds kat Parkson (aku macam tak percaya yang Parkson dah jadi begitu high end sekarang ni...). Kelakar sangat masa nak pi wrap hadiah tu, Nazran selamba rock aje tunjuk kat aku satu bag (ntah sapa punya). Aku terus pi grabbed dan tengok content dia – rupanya bra. Ada mat saleh tu belikan utk girlfriend atau bini dia. Yg kelakar masa tu mat saleh tu tgh pilih2 ribbons yang sesuai untuk balutkan hadiah tu, tapi lepas tu cepat aje dia cancel, sbb ribbon tu kena bayar. Alamak, berkira sangat kan dia tu. Tapi apa pun aku happy, dpt gak beli hadiah utk si Faiz. Sure dia suka kot wpun myk wangi dia dah berkoyan kat atas dressing table dia tu.
+ Nazran tolongkan aku cari hadiah untuk Faiz. Ini gambar masa dok sebok wrap hadiah tu. T kasih la Nazran sudi temankan aku, wpun kau terpaksa heret beg Gucci kau tu, hahaha - matila aku... Satu lagi, sampai ekau sanggup cancel poie gym for that day, terharu aku! Tapi yang ekau cokak pinggang tu apo pasal?
+ Pandai gadis2 di Parkson ni balutkan hadiah ni, memang menarik da'bomb lah! Gambar ni masa kita lepak kat Aseana, lepas penat mengukur KLCC. Well, teringat masa minum dengan Luke dan Aidah kat sini masa balik raya tahun lepas
Last sekali aku dpt call drp Faiz dia kata dia ada kat KLCC dengan Agoy dan Rozai nak pick aku up. That was great, aku malas sangat nak ambik taxi. Then Carlos pun called kata dia dah abis tournament bowling. So kami decided to makan nasi ayam, ayam kampong kat Wangsamaju. And I grabbed the chance nak beli burger Ramly – best. Lama dah aku idamkan burger ni. So that was nice. Malam tu gak aku said good by to Rozai, Agoy dan Mak Wan – sbb insya’Allah nanti Raya kita ketemu semula :)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home