Kampong Talang - where it all begins...

"There is only one thing in life worse than being talked about, and that is not being talked about" - Oscar Wilde

Sunday, April 26, 2009

Facebook? Myspace? Facepic? Apa kes...?

Kawan Uni aku jauh-jauh emel aku (dia nak call, aku kata tak yah la, jauh!). Dia kata ada situasi dia nak cerita dan mintak pendapat. Aku ni bila orang nak luahkan masalah aku dengar aje lah. In terms of kalau nak mintak pendapat aku pasal masalah 'relationship' ke, itu bukan bidang aku. Aku boleh dengar aje la kan. Setakat tu je aku mampu. Yang lain, aku tak leh la. Sebab porak peranda hidup orang sbb kita punya nasihat pulak, apa kes kan? Lagipun mana la aku ada pengalaman relationship semua ni.

Kisah nya A (kawan aku), dah berkawan/bercinta (whatever you want to call it lah) dengan B ni dah 3 tahun dah. Dah lama dah si A ni tau yang si B ni beraktifan dalam social networking ni (for the past one year). Ada Facebook la, My Space la etc. Lepas tu status dalam tu dia letak single, sedangkan he is in relationship dengan A. B ni ingat, si A ni tak "sayang IT" la kan, so dia ingat A tak tau. Yang si A pulak, nak tengok kan sejauh mana si B boleh pergi.

+ Apa kata kita tengok gambar selingan dulu - gambar belakang rumah aku. Hahaha. Sorry tak de gambar hiasan yang lebih menyegarkan minda OK!

So persoalannya sekarang, "Perlu ke si B berdolak dalik?" Si A kata, bila dia bangkitkan perkara tu, si B memula terperanjat, sbb ingatkan A tak tau, taktik2 dia. So, bila A tanya kenapa, B kata la, "nak cari kawan" "kawan-kawan I yang kenal tu minat perkara yang sama" "ala bukan ada apa pun, some pages aje". Semua jawapan standard la A kata, yang mana ia did nothing but to portray how stooooopid B was at that time. I agree with A. A kata kat aku, kalau setakat Facebook, My Space tu ada ampun lagi, tapi ada 'personal' website pulak :) So apa motif tu kan? Lepas tu bila kena confront, dia kata - "Dah lama dah tak bukak website tu!" Tapi si A buat snapshot website utk aku, and it says "The last visit by XXXXXXX was 24 hours ago". Dan A tanya, "Why on earth you have that personal ad in the first place?" Entah la A, kalau kau ada masa kau pergi tanya Wikipedia ke, atau www.answer.com ke, Yahoo Answer ke!!! Den tak tau dohhh!!!

Si A ni is very self-aware and bukan nak control si B (benar aku cakap, si A ni, kalau dia nak, sapa pun dia boleh jadikan pasangan dia... I swear to God! Rupa paras memang tak disangkal, family jenis baik2, org berada, ilmu tinggi, kerja bagus etc... Si B ni memang tak sedar dek untung!). About this B, aku tak berapa kenal sgt, tapi dari description A aku nampak B ni punya belang tersendiri. Daripada aku nampak la, dan apa si A bagi tau. Ala, tau aje la, when we have something kan (ye lah dah 3 thn in r'ship), grass is always greener on the other side. Bak peribahasa orang Cina, babi panggang di Kedai belah sana lagi best dari belah sini - sedangkan the 2 shops owned by the same person! Kau jawap la kan!

So, aku cakap kat A. You don't have to do anything. The one that yang buat salah adalah si B. Dia yang kena betulkan diri dia - shape up or ship out! Hah tu dia konsep dia sekarang. Aku kesian kan A. A ni bijak orangnya, dah lak tu, ada rupa etc. And self sufficient pulak tu. Malas la aku nak cerita pasal tu kan. Aku rasa, kalau B ni is real man with balls kan [eh kau jgn tak tau, ada real man with no balls, ada jgn tak tau pulak - contohnya si B, kakaka], sbb aku kesian kan si A, be a man - own up to it - and state that kau dah bosan to be in the relationship and end it nicely. Aku rasa A boleh terima. Sebab bagi aku orang macam ni parasit aje dalam hidup. Cari alasan, tailor-made untuk diri sendiri. Tapi bila dah berlaku apa-apa nanti, pandai pulak nak balik, nak merayu-rayu nak balik. Ingat muka tempe kau tu laku ke? Eh orang dah kecoh pasal environment dan economy la, tak de masa nak layan kerenah useless kau tu! Eh aku pulak yang emosi kat sini!

Aku cakap kat si A - kau stay the way you are! You are not at fault. Let it be for now, si B ni ingat dunia ni besar sangat. Pi mai pi mai tang tu gak kan! So when it is too late, masa tu la baru tau langit ni tinggi rendah. Tu la, aku selalu ingatkan diri aku - appreciate what you have and you will not be able to when they are no longer with you! Masa tu, kau sayonara kan aje dia. Yg at loss dia, bukan kau! In the meantime, kalau B tipu kau, itu antara dia gn Tuhan (sbb kau tak tau), jadi balasan Tuhan dia terima aje - kalau Tuhan nak turunkan balasan tak semestinya directly to him, perhaps to something or someone that matters to him! Tunggu dan lihat aje lah!

+ Ingat!!!

P/S. Dah 6.00PM ni. Sehari suntuk aku locked up myself indoor. OK la aku nak solat Asar dan lepas tu nak walk to Tesco - my activity for the day. Milk dah tak ada, nak beli sayur sikit sbb nak goreng nasi malam ni. Badan aku sakit-sakit lagi dari squash semalam. Hari ni aku layan DVD/film by Jonah Markowitz. Letih betul. Malam tadi aku balik kol 2.00AM. Lama tak keluar hujung minggu. Haiya, manyak sungguh drama malam tadi. 13 episodes pun tak abis!

3 Comments:

At April 27, 2009 8:56 PM, Blogger LUKE said...

wah.. dah jadik akak sri siantan la inniey...

tahniah ler. pasni tulung selesai kan kes mahkamah syariah plak ye. opsss

taksssiiii!!

 
At April 27, 2009 10:58 PM, Blogger zuL said...

kan aku dah cakap, masuk yang ni EMPAT masalah diutarakan kepada aku. Semua besau2! aku pun takut nak listen to. Aku dengar aje, very limited advice.

masa'LAH ekau tu pun eden donga!!! Haha! Den siap bori cadangan - promosi tiket wayang free lagi!!!

x

 
At April 29, 2009 3:21 PM, Anonymous Memey Canteqs said...

pant*k


berani mati ekau capsl*ck.


matila aku!

 

Post a Comment

<< Home