Kampong Talang - where it all begins...

"There is only one thing in life worse than being talked about, and that is not being talked about" - Oscar Wilde

Friday, April 24, 2009

Kad Ucapan & Juadah Dinner

Pagi tadi, masa aku nak keluar flat nak ke tempat kerja aku terima kad ucapan dari Brussels. Kad ucapan hitam hitam si tampok manggis ni berjaya mengimbau percutian ke Cliff of Moher baru-baru ini bersama dengan Luke dan Ramz - daripada isu "resipi karipap daging tapi bila dah goreng bau ikan sardin", kepada pencemaran udara kronik yg mencapai 13.87 pada skala Richter di Dublin ni, kuah laksa yang kalau makan boleh keluar api, pencarian castle yang berangan lebih di mana punya la jauh, tapi tak masuk sebab anti kepada makcik yang nak caj bukan-bukan! Walaupun ada bunny dalam castle tu, tak apa la. Kami cari bunny lain nanti. Setakat bunny bodoh nak caj sampai 30euro tak de maknanya! (Sakit hati ni, dah pulak jauh... dan kena suruh parking jauh dari castle... hehehe, sampai la ni sakit hati)

Satu lagi, paling best masa kasi art direction utk Ramz ambik gambar, dia is so obliging - kalau aku suruh nyurok menyelit dalam batu tu pun aku rasa dia akan buat...! Art direction aku memang berkesan! Tak payah SLR, tapi terus keluar wajah kurang sikit dari Nasha Aziz! So kalau tak ada art direction dari aku, setakat kualiti Nadia Mustafa ajo! Haha. Yg best pasal Ramz ni, walaupun Cliff tu tinggi gila, sayup mata memandang dan dah ramai yang mati dan bunuh diri kat situ, tapi kalau aku kasi art direction dia ikut.



Luke & Ramz, thanks for coming.

***

Anyway, malam ni I was supposed to host a friend for dinner, Paul. Dia baru balik bercuti dari Croatia. Tapi last minute dia tak jadi datang. Lagi bagus sebenarnya sebab many times I told him that aku nak rehat dan have early night malam ni, sebab esok ada squash tourney. Last2 dia tak jadi - bagus gak. Yg Luke pulak ke The Hague dengan Lah dan Zul, sure nice weekend kat sana - places I have been to? Haha

+ Ni dia dinner aku, makan dengan nasi putih la spt biasa. Ala simple aje - ayam dipotong cube kecik-kecik, dengan cili giling, garlic, onions and sikit tumeric, dan last sekali masukkan colorful bell peppers & carrots (I like my veges to be crunchy and crispy, so masukkan last sekali OK). Letak garam dan lada sulah sikit, sesedap rasa. The best part - it took me less than 5 mins to cook this sumptuous dish!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home