Kampong Talang - where it all begins...

"There is only one thing in life worse than being talked about, and that is not being talked about" - Oscar Wilde

Wednesday, April 15, 2009

Sekadar berkongsi...

Sebenarnya aku stumbled upon a nice blog by Mohammed Khairul Anwar. This entry is posted on his site. So dengan konsep blog aku dengan postingnya yang terkadang sangat rawak, aku rasa elok aku share ilmu ni. Sekeping zikir. Bukan apa, sekadar berkongsi. Aku pun masih belajar, merangkak-rangkak. Semua masih belajar, I guess. Tapi satu perkara yang kita semua nak - yang membuatkan kita memburu benda yang sama - kita nakkan perkara yang baik baik kan?

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah katanya Rasulullah S.A.W Bersabda ;

"Dua kalimah yang ringan di lidah, berat di timbangan dan disukai oleh Allah yang maha pemurah iaitu...


Hadith Riwayat Bukhari, Muslim Dan lain-lain...

"Ringan di lidah" bermaksud bahawa tidak perlu meluangkan masa yang lama untuk membaca kerana kalimah tersebut sangat ringkas. di samping itu tudak susah dan tidak memakan masa yang lama untuk menghafalnya. walaupun demikian apabila tiba waktu amalan ditimbang, disebabkan kalimah tersebut diwiridkan dengan banyak maka kalimah tersebut akan memberatkan timbangan amalan. sekiranya tidak ada apa-apa faedah yang lain pun, adakah suatu yang lain mengatasi kesukaan Allah terhadap kalimah tersebut? Imam Bukhari telah mengakhiri kitab sahihnya dengan dua kalimah ini. Hadith inilah yang ditulis pada akhir kitabnya

Dipetik dari
Fadhilat Amal
Shaikhul Hadith Hazrat
Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi'alaih


Source: dunianuar.blogspot.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home