Kampong Talang - where it all begins...

"There is only one thing in life worse than being talked about, and that is not being talked about" - Oscar Wilde

Wednesday, September 10, 2008

Juadah berbuka di perantauan

Sememangnya, kehadiran Ramadhan memang dinanti oleh setiap umat Islam. Kerana bulan agong ini bukan sahaja menyaksikan ketawadukan hamba-hamba Allah menunaikan Rukun Islam yang ketiga ini, akan tetapi ia juga menyajikan pahala yang berlipat ganda untuk setiap amalan yang dilakukan.

Berpuasa di perantauan, bukanlah sesuatu yang asing bagi aku. Walaupun tiada apa yang serupa dengan apa yang dinikmati di bumi sendiri, akan tetapi ia tetap menggamit perasaan ingin menikmati juadah yang selari dengan selera kita tatkala Ramadhan menjelma.

Pada minggu lepas, aku begitu bersemangat untuk menyediakan Kuih Ketayap, setelah Kuih Ketayap ciptaan Ramz mendapat kutukan pedas para juri (sila lihat tagboard). Jadi apa yang saudara/i lihat di dalam paparan gambar-gambar ini adalah bukti yang Kuih Ketayap rekaan tangan aku ini, mampu memancing undi lebih besar untuk aku terus berada di Realiti Ramadhan kali ini.

Berbekalkan seturus gula melaka yang aku bawa dari Malaysia, aku sediakan intinya. Kelapa parut kering pula, walaupun bukan ditaja, tapi boleh didapati di Tesco. Hidangan yang serupa juga akan aku cipta untuk Sabtu ini di mana aku akan bermakan malam di rumah Mike/Susan. Setelah sekian lama dia dia merancang untuk membawa aku makan malam di rumah mereka, kali ini, aku akan merealisasikannya.

+ (1) Sediakan inti - Kelapa, gula melaka, gula pasir dan sedikit air

+ (2) Sediakan adunan untuk kulitnya - Tepung, telur, susu, sedikit air, perasa pandan dan sedikit garam

+ (3) Gunakan senduk kecil untuk membuat kulitnya diatas kuali non-stick

+ (4) Inilah hasilnya :) Selamat menjamu selera!

- Sekian -

3 Comments:

At September 12, 2008 3:48 AM, Anonymous Anonymous said...

Aku rasa yang ni nampak lebih menawan kalbu. Confirm le..buleh masuk rancangan riang ria raya. Baru le aku bangga dengan org Mesia yg diperantauan ni.

 
At September 12, 2008 11:45 AM, Anonymous Anonymous said...

Cuba le buat kueh lepat pisang yang senang tu. Atau nak lagi best buat kueh ondeh2

 
At September 14, 2008 1:58 AM, Anonymous Anonymous said...

Ondeh2 tu kuih cam mana? Aku lupa rupa dia cam mana... aku teringin nak makan kaswi... tapi, mana nak ambik kapur kat sini... :( Pisang memang senang, tapi mana aku nak cekau daun pisang? :) Anyway... terima kasih cadangan tu, saya akan cuba yang terbaik minggu depan... Kepada KuihRaya FC, jangan lupa AFUNDI Ondeh-Ondeh... Cau cin cau!!!

 

Post a Comment

<< Home