Kampong Talang - where it all begins...

"There is only one thing in life worse than being talked about, and that is not being talked about" - Oscar Wilde

Saturday, January 19, 2008

Berblogging Semula (!). Azam tahun baru ke?

Adakah ini detik permulaan aku nak berblogging semula? Tak tau lah. Aku punya blog ni dah lama dah. Tapi kerana sebab-sebab tertentu aku tak boleh teruskan. Banyak lah sebab yang tak mungkin aku boleh cerita di sini. So mungkin aku buat azam baru (aku tak pernah ada azam thn baru), mungkin aku nak cuba berblogging, nak cerita what I am up to, where I am, the new friends I make along the way and the new experience, etc.


# This is one of the photos that I captured in Khartoum, from inside of the car - to give you a 'flavour' of what Khartoum has to offer.

Blog ini dah bertukar nama beberapa kali. Simply because, it used to be my own private sanctuary, lepas tu kena 'cerobohi', dan aku harap tempat ni akan jadi avenue aku untuk isi ruang. Coretan aku ni untuk kawan-kawan terdekat, aku tak punya followers, aku tak mintak ada followers... Mungkin ini adalah wadah untuk aku berbicara dengan kawan. Nak berbicara hati ke hati, aku tak punya TV programme (talk show lagi), so ini la cara dia. Akhirnya aku pilih Kampong Talang sebagai address blog ni. Jadi http://kampongtalang.blogspot.com - ini lah rumah baru untuk isi hati aku. Bukan lah rumah baru mana, kerana Kg Talang adalah kampung tempat aku membesar - punyai 'bonda'(atau parit tempat aku mandi sebelom ke sekolah, masa sekolah rendah), dan punya jiran tetangga yang begitu unforgiving (nanti lah kita cerita). So, selamat datang ke Kampung Talang.


# When I feel for something adventurous, I tend to take Tuk Tuk to go from one point to another in Khartoum. The haggling (in Arabic) after each trip can be tiring, but it's worth it. The experience is one of a kind.

OK, aku bawa korang semua ke detik ini... Sekarang ni aku di Sudan (Khartoum). Macam-macam aku perhatikan. Biasalah, another project to do and with its own set of challenges. I do not really mind when the challenges are all around work, tapi bila melibatkan manusia, aku memang tak larat. Tapi tak apa lah, aku pikir, lama kelamaan projek ni akan habis gak. So buat apa pening kepala. Diturunkan di sini gambar-gambar aku kat Sudan ni OK. Nanti aku cuba update lagi blog ni.


# I have been wanting to go to a masjid, esp for Solat Jumaat in Khartoum. Yesterday, 18 Jan, Nagi (the very nice driver of ours), took me to one (pic above). It was an experience.

Uh ye tentang bahasa di dalam blog ni, aku tak kesah. Aku akan tulis dengan bahasa yang aku selesa. Kekadang Bahasa Melayu, kekadang Bahasa Inggeris. Yang mana satu aku selesa. Lagipun aku punya kekurangan di dalam dua-dua bahasa. There was someone who religiously followed the development of my blog and commented that my previous writings in English were rather OK, but the writings were not good enough to be close to audience. Well, I have news for you - this is my own private place to share and not to be judged. If you are damn good, good for you but a simple soft reminder as not to project your insecurity towards others. Meh kita buat azam baru OK. :) Jangan ada hasad dengki!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home