Kampong Talang - where it all begins...

"There is only one thing in life worse than being talked about, and that is not being talked about" - Oscar Wilde

Wednesday, November 18, 2009

Sejadah Berdiri


Fenomena “Sejadah Berdiri” ni dah lama dah kot (tapi berlaku dalam tahun 2009 ni lah). Berlaku di Malaysia. Eh silap, I mean 1Malaysia, pardon me. Sekarang dah tak de Malaysia, 1Malaysia – jangan salah lagi OK, nanti tak semena-mena passport aku kena koyakkan. So fenomena sejadah berdiri ni berlaku di beberapa tempat di 1Malaysia. So satu 1Malaysia lah sibuk cerita pasal sejadah berdiri.

Orang-orang Melayu di 1Malaysia ni memang suka benda-benda kontroversi macam ni. Pendekatan aku senang aje – ala bukakan aje sejadah tu, dan bentang kan dan buat solat sunat ke apa ke... Ini tak, siap boleh panggil reporter, sempat lagi tu.

Marah pulak orang kat aku yang tak berapa pandai ambil iktibar ni. Ye lah, orang kata, tanda-tanda akhir zaman. Well, kalau nak citer akhir zaman ni tak payah nak tunggu sejadah berdiri, sejadah sujud, sejadah berlari malahan sejadah menggubah diri sendiri jadi kipas atau bentuk anggur untuk jadi hantaran... Tengok aje kiri kanan, banyak dah tanda-tanda akhir zaman – bohsia berleluasa, perempuan pakai tudung tapi pakai spaghetti strap (melambak), beli beer kat 7-Eleven (yg jual Melayu/Muslim, dan beli pun Melayu/Muslim)... So apa kes?

So satu lagi, pasal isu akhir zaman ni, takkan la nak tunggu tanda-tanda baru la nak sedar kebesaran Allah ye tak? Ye lah, dulu gempar orang nampak kalimah Allah di langit... lepas tu ayat-ayat Quran hilang dari mukasuratnya... hmmm, kalau macam tu, jenuh la kan!

PS: Ala tudung periok pun dah lama pandai menari, ada aku kesah???

4 Comments:

At November 19, 2009 2:58 AM, Anonymous Anonymous said...

zul, betul la tu, sebenarnya tak perlu tunggu tanda2 kiamat tu baru nak ambik iktibar. kiamat kecil(mati) bila2 masa je boleh berlaku. tgh menaip ni pun boleh berlaku kiamat buat diri kita. Apa nak pelik setakat sejadah berdiri. Tuhan buat manusia boleh berjalan, berlari, tak boleh pulak dia nak pikir kehebatan Allah. setakat berdiri tu, no hal lah. anyway, satu malaysia, jangan lupa jari tu tuding ke atas. kah kah

 
At November 20, 2009 2:45 AM, Blogger zuL said...

Thanks, macam kona jo penulih nih!

 
At November 23, 2009 2:53 AM, Anonymous Anonymous said...

wei, i la zul, si mag! hah hah

 
At November 23, 2009 1:24 PM, Blogger LUKE said...

best.. hahaha gelak aku. penajian yang padat dan berkesan. wakakakak

 

Post a Comment

<< Home