Kampong Talang - where it all begins...

"There is only one thing in life worse than being talked about, and that is not being talked about" - Oscar Wilde

Friday, June 05, 2009

Federer, Del Potro dan Pisang Goreng

Tadi aku balik kerja. Memang aku plan nak balik awal sikit, like 5.00PM or so. Sebab ada Semis French Open 2009 - Federer lawan Del Potro (tadi dah tengok Soderling sailing through after defeating Gonzalez).

Aku berdebar gak takut terpaksa balik lewat hari ni, sebab hari ni aku hantar final deliverable untuk customer kat Latin America. Aku berharap lah agar customer tak banyak songeh dan tak nak aku ubah apa-apa. So lepas aku hantar document tuh, aku allowed them 3 hrs to read the pages, and then aku called En. Eduardo (the customer). Wah, depa happy dengan hasil kerja aku tu. Aku buat ayat2 plastik "Are you sure? I can go through the slides on the timeline and costing?". Memang aku plastik tahap gaban! So apa lagi, sebelom depa tukar fikiran aku terus pack my bag and balik. Masa tu dah 5.15PM dah.

Marian (yes mak dia yang meninggal aku pi tengok hari tu, a ah dia dah masuk office dah) pulak tetiba suruh aku explain some slides sbb dia nak buat presentation kat Sweden minggu depan (slides tu bukan aku buat tapi aku paham la apa yg nak diceritakan). So aku explain to her, how to present the slides. Then aku cha alif bot la kan!!! :) Lepas tu security pulak tahan aku. Alamak dia beriya iya nak cerita pasal tingkap aku kat office. Sbb aku complain tak leh bukak. Dia kata dia dah berusaha bukak tak leh, tingkap tu stuck. Alamak, aku tak de masa nak mesyuarat tingkap nih! Sekali lagi aku memplastikkan diri "What a shame! Thanks for your effort really, I will speak to Wally or Declan next week! Bye now, have a good sunny weekend!" Terus aku celah dari situ.

Dalam perjalanan pulang fikiran aku berlegar. Apa nak masak. Apa nak makan. So, aku singgah kedai John kat corner tu dan beli pisang. Aku nak buat pisang goreng, dan makan masa tengok Federer lawan dengan Del Potro. Bila balik aku tengok ada ayam dalam sink aku, eh aku lupa yang aku nak masak nasi goreng gak. Tak pe, aku akan masak lewat sikit, but for now aku nak menjamah goreng pisang tu, bersama secangkir kopi bertemankan some really good tennis from these 2 lads.

+ Secangkir kopi tidak dilupakan

+ Look at that, Federer in the background - reaching for a ball for his second serve!

+ Matilah aku nak makan banyak pisang goreng nih

Sekian. Kepada peminat-peminat tegar blog nih, harap maaf kerana gambar-gambar Killarney/Co Kerry belum diupdate dalam blog nih. Tunggu la esok kot. :) Sbb gambar tu banyak sangat, dan pose pose pulak semua menarik belaka... tak tau nak pilih yang mana satuh! Hehe!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home