Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah katanya Rasulullah S.A.W Bersabda ;
"Dua kalimah yang ringan di lidah, berat di timbangan dan disukai oleh Allah yang maha pemurah iaitu...

Hadith Riwayat Bukhari, Muslim Dan lain-lain...
"Ringan di lidah" bermaksud bahawa tidak perlu meluangkan masa yang lama untuk membaca kerana kalimah tersebut sangat ringkas. di samping itu tudak susah dan tidak memakan masa yang lama untuk menghafalnya. walaupun demikian apabila tiba waktu amalan ditimbang, disebabkan kalimah tersebut diwiridkan dengan banyak maka kalimah tersebut akan memberatkan timbangan amalan. sekiranya tidak ada apa-apa faedah yang lain pun, adakah suatu yang lain mengatasi kesukaan Allah terhadap kalimah tersebut? Imam Bukhari telah mengakhiri kitab sahihnya dengan dua kalimah ini. Hadith inilah yang ditulis pada akhir kitabnya
Dipetik dari
Fadhilat Amal
Shaikhul Hadith Hazrat
Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi'alaih
Source: dunianuar.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Leave comments! Owner reserves the right not to publish certain comments that are deemed inappropriate.