Kampong Talang - where it all begins...

"There is only one thing in life worse than being talked about, and that is not being talked about" - Oscar Wilde

Wednesday, February 27, 2008

Pergi ke hospital di Khartoum

Badan aku tetiba gatal tak tentu arah. Aku ingat menda ntah. So aku suspected allergy datang balik. The last time aku dpt was when i was in Nairobi, last year. It started masa aku kat Dublin lagi. Kali ni aku dapat kat Khartoum pulak. Nak jadikan cerita kena la pergi hospital/clinic, tak kesah lah. {Eh by the way, kat Sudan ni ramai student Malaysia buat medicine tau, ramai sungguh. Bak kata Luke, depa ni target nak kerja middle east, di mana they can earn so much katanya... So tak kesah la, govt Msia accredit ke tidak medical degree diorang kan, sbb diorang bkn nak berkhidmat kat Msia pong!}

+ Perjalanan ke hospital, pening kepala aku dengan orang ramai, jam, debu. Lagi sakit ada la.

+ Di tepian jalan tu, ramai la orang kan. Tengok pakcik yg asek baca newspaper tu. Tu typical Sudanese man la tuh, yg dah tua2 tu berjubah la. Diorang panggil Jellabiyah. Hujung minggu ni nak belikan Luke sepasang. Dia nak yang jarang teramat, tanpa lining katanya. Tak tau la masjid mana dia nak harung dengan jubah jarang tu nanti :)

Nak cari hospital tu satu hal. Punya la banyak hospital sini. Ntah, orang kata setiap penyakit ada hospital tertentu segala la kan. Sakit rambut bercabang pun ada sebuah hospital la gitu. So, dah masuk spital tu, nasib baik la ada Waleed. Dia la bawak masuk terus jumpa Dokter. Dr ppuan. Memang lost in translation. Dia taji aku tau, "It is you who should know what triggered this allergy". Bleh? Dia marah plak aku, dalam English dia yg ada campur2 sikit tu. Lepas tu dia pereksa segala la, suruh tunjuk tempat yg kena allergy "It looks like there are old marks here!" Sbb dia nak tuduh aku, aku ada skin condition ke apa ke. Aku tau la, badan aku. Aku sure - allergy.

+ Inilah Hospital Fedail yg gah perkasa tu.

Lepas tu kena injection = SDG10, registration/consultation = SDG20, and then kena bayar SDG90 (USD1 = SDG2). Aku tak kisah la, nak baik kan. Aku bayar aje. Lepas tu aku realised aku in this Q to get my blood drawn. Pas tu aku kata kat Waleed, jom kita bersemuka dgn Dr tuh, sedap dia aje nak rodok lengan aku sini sana. Aku nak anti-hystamine ajer. Lepas tu jumpa Dr tu aku kena taji "It is up to you if you dont want us to investigate more the cause of your allergy!". Well, aku diam aje la. Aku tak salah, I am so used to Dr kasik options, nak buat ke tidak, kalau buat apa hasilnya, kalau tak apa pulak jadinya. Entah le.

+ Tertera nama aku yg ditulis mesra oleh Dr yg sama taji aku

+ Tengok la makcik ni hah, sampai terbaring kat luar menunggu giliran. Sakit sangat agaknya. Sian dia.

Lepas tu aku dpt pulak prescription pergi beli kat ubat kat pharmacy. Wow, hebat Sudan, macam kat UK pulak (Kak Mel biasa macam ni, sbb duk London doploh thn, hehe). So pergi la pharmacy sebelah, dan bila nak kena bayar, ops, SDG2 saja! Betul ke ubat tu??? Murah gilo la pulak. Sbb apa, bukan nak kutuk sbb murah, terperanjat murah sangat. Sbb kat Africa ni kan ke banyak fake drugs. I don't want to fall for that. Dan dalam pharmacy tu pulak takut aku, punya la banyak drugs. Takut aku. But malam tu, aku ambik ubat tu dalam 9:00 mlm, lepas tu at 9:10pm, I was knocked out completely sampai la ke pagi. Ish, takut aku nak makan ubat tu. Tapi kena abis kan! Yg si Waleed pulak memandai kata kat aku "Zul one morning, one before sleep!" Dah sakit kot Waleed ni, mati aku kalau aku ambik waktu kat office!

+ Di farmasi inilah tempat aku beli ubat buat aku tidor gila babas malam semalam. Ubat ni seswai untuk ko Luke. Kau orang tengok la ubat2an berkoyan koyan tu. Eh gadis atau mak gadis yang berpakaian pink ni, pakaian busana wanita Sudan. Senang aje, ko ambik kain ela (bercorak ye), lepas tu ko ambik la 4-5m, ko lilit keliling badan, last sekali saukkan ke kepala. Make sure ada baju kat dalam tu, jangan baju t-shirt sengkat plak, nanti jadi saree plak. Tapi kalau ko nak kelainan, ko pakai je tube ke, mati laaaa

Tu je la pengalaman aku kat hospital tu. Aku pun tak paham la. Yg satu lagi aku tak paham, masa aku kena pereksa oleh Dr tu kan, Waleed masuk mintak SDG20, sesedap jiwa raga dia aje nak masuk mintak duit dari aku. Lepas tu Dr tu taji aku sekali suruh bayar. Kok ye pun, tunggu la aku abis kena pereksa. Ni tak, mana Dr tengah godam dada aku dengan stethoscope dia, yg wallet aku dalam poket belakang, tangan aku pegang handphones. Tak ke sakit jadinya! Dr boleh cakap kat aku nih "Do you have the card? Are you a member?" I said No. Bkn ke tadi aku baru register segala. Lepas dengar aku cakap No, terus dia kata "Then, you pay!". Bkn aku tak nak bayar, aku nak bayar. Aku nak tau, aku bayar untuk apa! Ish geram la aku!

Ni hal lain pulak, malam tadi nya dinner... ado gambar aje!

+ Pergi Chinese Palace, dekat dengan Rotana Hotel yang aku duk dulu. Chinese Palace ni dalam Afra Mall - the only Mall di Khartoum. Compare dengan Summit USJ, Summit tu beratus ribu kali ganda lagi bagus! Dialog dalam hati si lelaki menunggu waiter nak ambik pesanan "Mana pulak subang aku sebelah ni tadi? Cicir ke, memang aku tak pakai?"

+ Chicken Lollypops aku makan. Teringat kat Aidah, Mas dan Luke masa kat Lagos sama2. Luke la yang perkenalkan kepadaku cam mana nak buat chicken lollypops nih. Syabani suka gak makan chicken buatan Luke ini.

Dinner malam ni...

+ Sudan ni memang femes dengan jus dia. Kalau kau carik jus pegaga memang tak de la dek oi, tapi jus pelbagai rasa ni memang sedap. Rasanya jus ni ada pelbagai tingkat - strawberry, pisang, mangga etc. Kalau ke Khartoum, jgn lupa singgah di kedai Turkish ini untuk jus sedemikian. Thanks Seb for accompanying me for my dinner.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home